Pengurusan pengetahuan dalam era globalisasi dan dunia k-ekonomi mengutamakan integrasi antara pelbagai kecerdasan (multiple intelligence) dan pelbagai tugas (multi-tasking). Dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar kemajuan pendidikan, penghayatan dan latihan khas diterapkan di dalam setiap bakal guru demi memenuhi Visi Bahagian Pendidikan Guru untuk membangunkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk melahirkan guru yang sentiasa cemerlang dan bersedia memenuhi aspirasi negara. Sukatan Pelajaran Pendidikan Bina Insan Guru disediakan untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan mulai ambilan tahun 2001, dibawah komponen Asas Dinamika Guru. Sukatan pelajaran ini menekankan kepada unsur- unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan Insan Guru yang berpaksikan kepada Prinsip Rukun Negara. Pembinaan insan guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa.
Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat. Justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Program Bina Insan Guru mampu melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara sesuatu masyarakat bersatupadu, demokratik, progresif dan berdisiplin serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan