Kemahiran Menulis


KEMAHIRAN MENULIS

7.1   Peringkat Perkembangan Menulis


Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi.  Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan

Mari Mengenali Syair


Mari kita mengenali syair

Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Setiap rangkap dalam syair mengandungi sebanyak 4 baris dan kesemuanya membawa makna isi dan maksud yang ingin disaampaikan. Keempat-empat baris tersebut berirama sama.

     Selain itu, syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Ia dianggapkan milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.

    Di samping itu, syair juga  membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

    Syair juga sering membawa makna isi yang behubung dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga berasaskan sejarah atau dongen.

Ciri-ciri syair adalah sebagai berikut.
  • Terdiri atas empat baris sebait.
  • Tiap baris terdiri atas 8-12 suku kata.
  • Semua baris merupakan isi.
  • Berima akhir lurus atau sama (a a a a).
  • Menurut isinya, syair dibedakan sebagi berikut.
  • Syair dongeng atau angan-angan.
  • Syair kiasan atau sindiran.
  • Syair cerita atau hikayat.
  • Syair cerita kejadian.
  • Syair ajaran budi pekerti.

Mari Mengenali Seloka




DEFINISI SELOKA:

     Seloka ialah sejenis puisi Melayu tradisional. Seloka ialah karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi hujung (rima) yang tiada tetap. Bilangan baris pada sebuah seloka adalah tidak terhad dan bilangan baris pada satu rangkap juga tidak menentu. Seloka juga tidak mempunyai skima rima yang tetap.

   Seloka dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias dalam nada bergurau.

   Melalui seloka akan terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan di dalam seloka adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar sesebuah seloka.Seloka dijadikan sebagai sesuatu  perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam.

FUNGSI SELOKA :
  • Fungsi seloka amat terbatas. 
  • Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. 
  • Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran.
  • Selain itu, puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba.

CIRI-CIRI SELOKA : 
  • Sejenis puisi 2 baris/ kerat
  • Mempunyai 16 suku kata yang disusun dalam 4 unit 
  • Mempunyai 4 baris seloka / lebih
  • Bebas dari segi rima
  • Isi ialah pengajaran dan nasihat tetapi disampaikan dalam nada yang berbentuk nada menyindir dan mengejek / dalam nada jenaka 

JENIS-JENIS SELOKA:
  • Seloka sindiran 
  • Seloka mengejek
  • Seloka menempelak
  • Seloka nasihat
  • Seloka pengajaran
  • Seloka khayal
  • Seloka gurau senda

CONTOH SELOKA:

Seloka pak pandir:

Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.

Seloka pak kaduk:
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.

Seloka si luncai:
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan,biarkan ..!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Mari Mengenali Gurindam



DEFINISI GURINDAM :

Gurindam ialah 1 bentuk puisi melayu yang terdiri daripada 2 baris yang berpasangan, bersajak atau berirama & memberi idea yang lengkap atau sempurna dalam pasangannya. Baris pertama gurindam dipanggil syarat dan baris kedua dipanggil jawab.

Mempunyai beberapa bentuk gurindam..
Sbg contoh : gurindam berbentuk nasihat, gurindam berbentuk pengajaran & gurindam berbentuk kebenaran.


Isi gurindam mengatakan suatu nasihat atau kebenaran dan biasanya terdiri atas dua baris yang bersajak. Perhubungan antara kalimat yang pertama dengan kalimat yang kedua adalah sebagai anak kalimat dengan induk kalimat atau dikatakan juga, kalimat yang pertama berisi semacam perjanjian dan kalimat yang kedua akibat atau jawab dari perjanjian itu.


CIRI-CIRI GURINDAM :

  • Berangkap
  • Ada bentuk terikat dan bentuk bebas.
  • Bentuk terikat mempunyai rima akhir terikat/sama/aa.
  • Bentuk terikat mempunyai dua baris serangkap.
  • Bentuk terikat mempunyai baris pertama sebagai syarat/soalan dan baris kedua merupaka isi/jawapan.
  • Bentuk terikat jumlah perkataan sebaris di antara 2/3/4 hingga 5/6.
  • Bentuk terikat jumlah suku kata sebaris di antara 8/9/10 hingga 12/13/14.
  • Bentuk bebas mempunyai satu rangkap.
  • Bentuk bebas semua baris merupakan isi/maksud/sampiran.
  • Bentuk bebas jumlah baris serangkap tidak tentu/bebas.
  • Bentuk bebas rima akhir bebas/tidak sama.
  • Bentuk bebas jumlah perkataan sebaris tidak sama banyak.
  • Bentuk bebas jumlah suku kata sebaris tidak sama banyak.
  • Dilafazkan secara  berlagu.
  • Ada jeda/pause/sezura/hentian sementara  di tengah baris.
  • Isi gurindam bersifat objektif/serius/tiada unsur jenaka/lucu/gurauan.
  • Isi gurindam berunsur nasihat/pendidikan/pengajaran/keagamaan/teguran/kritikan/teladan.
  • Isi gurindam bertujuan menyedarkan/menginsafi/berhati-hati.
  • Isi gurindam lebih berat dan dalam berbanding dengan isi seloka.


statistics

karyafarhana. Dikuasakan oleh Blogger.

Subscribe Box

Subscribe Here

Sign up here with your email.

Contact

Nama

E-mel *

Mesej *

Pengikut

click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Nama

E-mel *

Mesej *

LAMAN SESAWANG INI TELAH DITUTUP

Laman ini adalah projek semasa IPG,

segala data sebelum ini kami mohon maaf atas kecuaian kami