Kad Bacaan ( KV+KVK )


Suaikan huruf dengan gambar , sesuai untuk murid tahap 1 @ pra sekolah . Anda boleh save dan print gambar tersebut . Bahan ini adalah FREE , tiada caj dikenakan . Sama-sama kita berkongsi , 

"sharing is awesome"

CARA SAVE FILE DALAM  BLOG KARYAFARHANA
Tekan button muat turun @ preview file . enjoy
file mungkin loading lama sedikit , diharap bersabar sehingga file muncul




KAD BACAAN KV+KV
(  KLIK DISINI )

MOHON SHARE KEPADA RAKAN-RAKAN GURU LAIN 
ATAU PARA IBU BAPA

Kad Bacaan ( KV+KV )


Suaikan huruf dengan gambar , sesuai untuk murid tahap 1 @ pra sekolah . Anda boleh save dan print gambar tersebut . Bahan ini adalah FREE , tiada caj dikenakan . Sama-sama kita berkongsi , 

"sharing is awesome"

CARA SAVE FILE DALAM  BLOG KARYAFARHANA
Tekan button muat turun @ preview file . enjoy
file mungkin loading lama sedikit , diharap bersabar sehingga file muncul

( Nota ) Keluarga Bahasa-Bahasa Austronesia

"Austronesia" merupakan gabungan dua perkataan, iaitu austro dan nesos. Perkataan w berasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud selatan; manakala perkataan nesos berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud pulau. Oleh itu, istilah austronesia membawa pengertian „pulau-pulau selatan‰ (Asmah,1985:35). Istilah ini diperkenalkan oleh P.W. Schmidt, manakala istilah Malayo-Polenesia digunakan oleh Wilhem von Humboldt, ahli bahasa yang telah mengkaji aspek keserumpunan bahasa antara bahasa Melayu dengan bahasabahasa di daerah Polinesia. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet China. Istilah rumpun digunakan bagi

menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500  5,000 tahun. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat rumpun, iaitu bahasabahasa di kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasabahasa di Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian dan New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna)

( Nota ) Asal Usul Bahasa Melayu

Sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem von Humboldt, van der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain.

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali.

Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia.

Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap bahasa Melayu mendapati bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga
rumpun utama: bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia . 

( Kajian Cerpen ) Tatabahasa - Kata Bilangan

Kata bilangan ialah bentuk kata yang merujuk jumlah tertentu. 

Kata bilangan tentu


Jumlahnya boleh dikira dengan tepat , contoh :
- Lima - sepuluh   - dua ratus - seribu - sejuta

Kata bilangan tak tentu

Jumlahnya tidak dapat dikira dengan tepat  , contoh :
- segala - semua   - para - sedikit - segelintir - banyak

Kata bilangan pisahan

Jumlah berasingan-asing atau berdiri sendiri –sendiri contoh :
- Setiap - tiap-tiap   - dua-dua - masing-masing

Kata bilangan pecahan

Jumlahnya bukan berbentuk angka bulat , contoh :
- Suku - setengah - seperdua   -  separuh - satu perempat   - tiga suku 

Contoh yang terdapat di dalam “ Cerpen Budi Semangkuk Daging ’’ seperti berikut :


Kata bilangan tentu
Satu mangkuk untuk kita , satu mangkuk lagi untuk mak nak hantar ke rumah Mak Cik Salbiah di belakang rumah kita ….
( muka surat 92, baris 10 & 11 )

Kata bilangan himpunan
Dia mula meyenduk masakannya lalu diisi ke dalam kempat – empat biji mangkuk tadi…
( muka surat 90, baris 22 )

“ Shafiq! Hanif! ” Puan Ainun memangil kedua – dua orang anak lelakinya itu…
( muka surat 93, baris 14 )

Berhari –hari selepas itu , Punita tidak juga pulang , Namun pokok – pokok bunga kertas dan kekwa di halaman rumah Punita tidak layu …
( muka surat 97, baris 30 )


( Kajian Cerpen ) Tatabahasa - Kata Bantu

Kata Bantu hadir di hadapan frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Kata Bantu berfungsi sebagai penambah makna dari aspek waktu dan ragam. 

KATA BANTU RAGAM

Kata Bantu Ragam ialah menyatakan ragam perasaan berkaitan dengan sesuatu yang dilakukan. Contoh kata bantu ragam :

  1. - Boleh      
  2. - Harus      
  3. - Hendak
  4. - Dapat    
  5. - Mesti      
  6. - Mahu
  7. - Patut
Contoh yang terdapat di dalam “ Cerpen Budi Semangkuk Daging ’’ seperti berikut :

Boleh/Dapat
Tidak ada sesiapa yang boleh memaksanya membeli barang yang dia tidak mahu atau yang tidak diperlukannya.
( muka surat 96, baris 26 )

Harus/ Mesti/ Patut
‘’Mesti sedap tu’’ sambut Puan Ainun
(muka surat 97, baris 18)
Hendak/ Mahu
“ Oh, Puan Cheng! Puan Cheng hendak pergi ke mana?’’
( muka surat 97, baris 1 )

( Kajian Cerpen ) Tatabahasa - Kata Arah

Kata Arah ini berdasarkan kajian terhadap Cerpen “ Cerpen Budi Semangkuk Daging ’’

Kata arah ialah bentuk kaya yang menunjukkan kedudukan sesuatu tempat atau benda . 
contoh kata arah : 

- Antara - Celah
- Atas - Dalam
- Barat - Hadapan 
- Barat Daya - Luar  
- Barat Laut - Penjuru  
- Bawah - Samping 
- Belakang - Tengah 

Contoh yang terdapat di dalam “ Cerpen Budi Semangkuk Daging ’’ seperti berikut :

Atas
Dengan berhati-hati , dia mengangkat periuk yang masih panas itu ke meja lalu diletakkannya di atas pelapik tahan panas …
( muka surat 90, baris 19 )

Belakang
Satu mangkuk lagi mak nak hantar ke rumah Mak Cik Salbiah di belakang rumah kita . “ terang Puan Ainun …
( muka surat 92, baris 11 )

Kanan
Fikirannya ligat mencari jawapan tentang punca jiran di sebelah kanan rumahnya itu menolak pemberiannya . . .
( muka surat 94, baris 7 )

Luar
Patutlah pada dua hari lepas , sewaktu dia terserempak dengan Punita di luar rumah , Punita seperti tergesa – gesa …
( muka surat 94, baris 36 )

Kiri
…wanita Tioghoa , iaitu jiran di sebelah kiri rumahnya sedang tersenyum dengan mesra …
 ( muka surat 96, baris 34 )



Suaikan huruf dengan gambar ( Lembaran kerja )


Suaikan huruf dengan gambar , sesuai untuk murid tahap 1 @ pra sekolah . Anda boleh save dan print gambar tersebut . Bahan ini adalah FREE , tiada caj dikenakan . Sama-sama kita berkongsi , 

"sharing is awesome"

CARA SAVE FILE DALAM  BLOG KARYAFARHANA
klik pada gambar , akan keluar paparan gambar besar . Kemudian "Right Clik" pada gambar tersebut , kemudian tekan save image as/save image..  - save
---------------------------------------------------------------------------------
file mungkin loading lama sedikit , diharap bersabar sehingga file muncul






Tulis Huruf ( bergaris )


Tulis Huruf  , sesuai untuk murid tahap 1 @ pra sekolah . Anda boleh save dan print gambar tersebut . Bahan ini adalah FREE , tiada caj dikenakan . Sama-sama kita berkongsi , "sharing is awesome"

CARA SAVE FILE DALAM  BLOG KARYAFARHANA
klik pada gambar , akan keluar paparan gambar besar . Kemudian "Right Clik" pada gambar tersebut , kemudian tekan save image as/save image..  - save
---------------------------------------------------------------------------------
file mungkin loading lama sedikit , diharap bersabar sehingga file muncul












Tulis Huruf Awal Berpandukan Gambar ( Lembaran Kerja )


Tulis Huruf Awal berpandukan gambar , sesuai untuk murid tahap 1 @ pra sekolah . Anda boleh save dan print gambar tersebut . Bahan ini adalah FREE , tiada caj dikenakan . Sama-sama kita berkongsi , "sharing is awesome"

CARA SAVE FILE DALAM  BLOG KARYAFARHANA
klik pada gambar , akan keluar paparan gambar besar . Kemudian "Right Clik" pada gambar tersebut , kemudian tekan save image as/save image..  - save
---------------------------------------------------------------------------------
file mungkin loading lama sedikit , diharap bersabar sehingga file muncul






statistics

karyafarhana. Dikuasakan oleh Blogger.

Subscribe Box

Subscribe Here

Sign up here with your email.

Contact

Nama

E-mel *

Mesej *

Pengikut

click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Nama

E-mel *

Mesej *

LAMAN SESAWANG INI TELAH DITUTUP

Laman ini adalah projek semasa IPG,

segala data sebelum ini kami mohon maaf atas kecuaian kami