Contoh Kertas Kerja BIG





INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS, PAHANG



KERTAS KERJA
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA III
GURU PELATIH PISMP SEMESTER 3


PADA 24 DAN 26 APRIL 2012
DI SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH RATA
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA TANAH RATA
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TANAH RATA
MASJID TANAH RATA
CAMERON HIGHLANDS, PAHANG


1.0 PENGENALAN

            Pengurusan pengetahuan dalam era globalisasi dan dunia k-ekonomi mengutamakan integrasi antara pelbagai kecerdasan (multiple intelligence) dan pelbagai tugas (multi-tasking). Dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar kemajuan pendidikan, penghayatan dan latihan khas diterapkan di dalam setiap bakal guru demi memenuhi Visi Bahagian Pendidikan Guru untuk membangunkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk melahirkan guru yang sentiasa cemerlang dan bersedia memenuhi aspirasi negara.

            Sukatan Pelajaran Pendidikan Bina Insan Guru disediakan untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan mulai ambilan tahun 2001, dibawah komponen Asas Dinamika Guru. Sukatan pelajaran ini menekankan kepada unsur- unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan Insan Guru yang berpaksikan kepada Prinsip Rukun Negara. Pembinaan insan guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa.

            Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat. Justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi.

            Atas kesedaran inilah kami mengambil peluan untuk menjalankan Program Bina Insan Guru 2012 bagi melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara sesuatu masyarakat bersatupadu, demokratik, progresif dan berdisiplin iaitu yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru dalam setiap bakal guru selain membina kemampuan ketahanan fizikal dan mental.




2.0 MATLAMAT
            Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 bagi tahun 2012 ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan. Pelajar akan didedahkan kepada kemahiran merancang, mengendali dan menghadiri bengkel. Aspek yang diberi penekanan ialah etiket sosial dan protokol, pengucapan awam, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja makan, pengendalian majlis rasmi dan etika berpakaian.

3.0 OBJEKTIF
3.1       Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.
3.2       Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
3.3       Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.
3.4       Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.
3.5       Mengintegrasi kemahiran pengucapan awam dan kesantunan bahasa dalam semua aktiviti.
3.6       Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai secara teori dalam kehidupan seharian.
3.7       Membuat muhasabah diri, menerima kelemahan diri dan sanggup berubah.
3.8       Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkahlaku yang dapat dijadikan sebagai contoh yang baik.
3.9       Menunjukkan sikap patriotik terhadap bangsa dan negara.



4.0 PENYERTAAN
181 orang guru pelatih PISMP Semester 3 termasuk 9 orang tutor
( Rujuk Lampiran 1 )

5.0 TARIKH DAN TEMPAT PROGRAM
      PROGRAM BENGKEL DAN CERAMAH ( ETIKA SOSIAL DAN PROTOKOL)
            Tarikh             :           24 April 2012
            Tempat           :           Dewan Kuliah A
            Hari                 :           Selasa
            Masa              :           8.00 malam hingga 11.00 malam

      AKTIVITI KHIDMAT KEMASYARAKATAN
            Tarikh             :           25 April 2012
            Tempat           :           Sekolah Kebangsaan Tanah Rata, Cameron Highlands
                                                Pahang                                                                      (50 orang)
                                                Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tanah Rata, Cameron
                                                Highlands Pahang                                                  (50 orang)
                                                Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tanah Rata, Cameron
                                                Highlands Pahang                                                  (50 orang)
                                                Masjid Tanah Rata, Cameron Highlands
Pahang                                                                      (31 orang)
            Hari                 :           Rabu
            Masa              :           8.00 pagi hingga 6.00 petang




           



1 ulasan:

  1. Assalam. Kepada pemilik blog, mohon censored/ remove no ic di situ. Kebocoran maklumat.

    BalasPadam

statistics

karyafarhana. Dikuasakan oleh Blogger.

Subscribe Box

Subscribe Here

Sign up here with your email.

Contact

Nama

E-mel *

Mesej *

Pengikut

click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Nama

E-mel *

Mesej *

LAMAN SESAWANG INI TELAH DITUTUP

Laman ini adalah projek semasa IPG,

segala data sebelum ini kami mohon maaf atas kecuaian kami