Definisi dan Ciri - Ciri Stilistik



GAYA BAHASA

DEFINISI DAN CIRI-CIRI

Metafora


Metafora bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain secara langsung tanpa menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bak, umpama dan sebagainya”.

Contohnya:
·         Rambut puteri itu mayang mengurai dan cantik sekali.
·         Suaranya lantang guruh sambut menyambut.
·         Merah darah mengalir di tubuhku.
·         samudera hampa, lautan fikiran


Perlambangan/ imejan

merujuk makna sesuatu perkataan berhubung dengan imej yang terbayang dalam minda penutur atau pendengar.  Imej yang dimaksudkan ini tidak bersifat visual kerana ia tidak dapat menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan atau yang telah sedia ada.

Contohnya:
·         Dia masih hijau ketika tanah airnya diserang penjajah. (muda)
·         Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (tua)
·         Adakah merpati akan menjenguk daerahku yang penuh kesengsaraan ini. (kedamaian/ kemerdekaan)

Personifikasi

Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan hidup , gaya bahasa ini berfungsi untuk  Menggerakkan imaginasi pembaca terhadap penulisan
·         Bulan tiada lagi mendatangkan wajah, Pungguk tersendu pilu.
·         matahari   pagi   bangkit   daripada   selimut   gunung,    benaknya mendandan sejuta persoalan

Simile

Membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti, bak, bagai, laksana, umpama. Ia berfungsi untuk Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama

Contohnya :
·         kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika
·         bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu.

Inversi

Inversi ialah “pembinaan struktur frasa ayat atau ayat yang terbalik”.

Contohnya :
·         Semalam petang dia datang menjengukku. (sepatutnya “petang semalam”)
·         Panas cuaca petang itu melelahkan tubuhnya. (sepatutnya “cuaca panas”)
·         iii. Kopi secawan diteguknya puas-puas. (sepatutnya “secawan kopi”)

Paradoks

Pertentangan dalam dua keadaan atau perkara yang berlainan :

Contohnya :
·         Merenung masa dulu dan menilai masa kini
·         Antara hidup dan mati

Hiperbola

Satu ungkapan terhadap suatu peristiwa atau keadaan secara berlebihan atau melampau dan ungkapan itu tidak dapat diterima di alam realiti

Contohnya :
·         sayap seekor burung merpati bertaburan di muka bumi
·         serihu lautan sanggup diharungi

Anafora

Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak. Pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.

Contohnya:
Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD !
Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !

Epifora:

Pengulangan perkataan pada akhir baris atau ayat”.

Contohnya:
·         Hatinya mengimbas luka lama. Perasaannya masih terpilu oleh luka lama.
·         Biarlah Dila menangis. Atau Shafik juga akan menangis.
·         Abang membesar dengan lampu minyak tanah. Aku Berjaya juga dengan lampu minyak tanah.

Aliterasi


Bermaksud "pengulangan konsonan dalam sesuatu ayat".

Contohnya:
·         Gadis gigih itu menggigil gementar.
Pengulangan konsonan "g" sebanyak 7 kali.
·         kakak masih kaku ketika kita kembali.
Pengulangan konsonan "k" sebanyak 8 kali

Perlambangan

merupakan   kata-kata   yang   digunakan   untuk   menerangkan   sesuatu   benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam

contohnya:
·         senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda


Singkop:


Singkop bermaksud “singkatan perkataan”.

Contoh:
·         “Dia dah datang semalam, Pak Abu” kata Ariff perlahan.
·         “Biarlah kubawa diri yang terluka ini”, balas Wan Kamariah.
·         iii. “Cerita tu mungkin benar”, jelas Inspektor Zamri ringkas.

Pleonasme
Merupakan satu gaya yang cuba memberi penegasan kepada kata-kata sebelumnya dengan berasaskan kepada sifat-sifat kata itu sendiri, meskipun kata-kata tersebut tidak perlu atatu tak mustahak diulang sebut lagi. Gaya ini juga disebut sebagai gaya bahasa berlebihan.

Contohnya:
·        “ Ia turun ke bawah” (dalam ayat ini, perkataan turun sudah menggambarkan ke bawah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

statistics

karyafarhana. Dikuasakan oleh Blogger.

Subscribe Box

Subscribe Here

Sign up here with your email.

Contact

Nama

E-mel *

Mesej *

Pengikut

click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Nama

E-mel *

Mesej *

LAMAN SESAWANG INI TELAH DITUTUP

Laman ini adalah projek semasa IPG,

segala data sebelum ini kami mohon maaf atas kecuaian kami